Wasiat, Hibah dan Takaful

SIAPAKAH YANG PERLU MEMBUAT WASIAT?

Posted by ZAINAL ABIDIN AHMAD on

SIAPAKAH YANG PERLU MEMBUAT WASIAT? 📌Orang yang berhutang -Semua jenis hutang wajib dilangsaikan, hutang ini termasuklah hutang dunia dan akhirat seperti pinjaman perumahan, pinjaman pelajaran, cukai-cukai kerajaan, zakat, fidyah, kaffarah dan sebagainya. 📌Mereka yang mempunyai harta -Sedikit ataupun banyak harta pusaka yang ditinggalkan mestilah ditadbir untuk diagihkan mengikut syarak kepada waris-waris yang berhak dan harta ini mestilah ditadbir mengikut proses undang-undang sivil dan syariah. 📌Mereka yang mempunyai anak bawah umur & OKU. -Di dalam wasiat, pewasiat sendiri boleh melantik penjaga harta bagi memastikan hak anak-anak bawah umur @ OKU terpelihara selepas ketiadaan kita. 📌Mereka yang mempunyai anak angkat -Di dalam...

Read more →

5 Aspek Pengurusan Harta Pusaka Sebelum Pembahagian Faraid

Posted by ZAINAL ABIDIN AHMAD on

Selepas kematian, terdapat beberapa aspek pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan si mati perlu dilunaskan terlebih dahulu sebelum pembahagian dilakukan kepada waris-waris. Perkara ini amat penting supaya proses pembahagian nanti dapat berjalan lancar dengan melibatkan harta yang ‘bersih’ sahaja dan dapat mengelakkan pertikaian yang boleh melambatkan proses pembahagian. Umum mengetahui, selepas sesuatu kematian disahkan, semua harta si mati samaada harta alih (wang tunai, simpanan di bank, saham) atau harta tidak alih (tanah, bangunan) adalah berstatus harta pusaka dan akan dibekukan. Harta-harta pusaka tersebut hanya boleh dicairkan setelah melalui proses-proses tertentu, bergantung sama ada si mati ada meninggalkan dokumen wasiat atau tidak....

Read more →

Pengurusan Harta Pusaka Dengan Wasiat dan Tanpa Wasiat

Posted by ZAINAL ABIDIN AHMAD on

  Kepentingan Wasiat – Pengurusan Harta Pusaka Dengan Wasiat dan Tanpa Wasiat   Kita akan dapat meneliti mengapa pentingnya membuat urusan pewarisan harta semasa masih hidup. Pengurusan Harta Pusaka Tanpa Wasiat Apabila berlaku sahaja kematian, semua harta si mati samaada harta alih dan tak alih diletakkan sebagai status harta beku. Jadi, untuk mencairkannya, perlu melalui proses-proses yang berikut: 1. Waris-waris perlu berkumpul dan melantik seorang pentadbir. Pelantikan pentadbir hendaklah secara bertulis, disahkan dan dipersetujui semua waris. 2. Kumpul maklumat berkenaan semua harta yang ditinggalkan. Oleh kerana si mati tidak membuat wasiat, kemungkinan dokumen-dokumen berkaitan hartanya juga tidak disimpan dengan baik. Maka, pentadbir perlu...

Read more →

Apa Itu Perancangan Harta Pusaka

Posted by ZAINAL ABIDIN AHMAD on

KONSEP PERANCANG HARTA "Perancangan harta Islam" bermaksud pengurusan harta yang sah dan berkesan dari segi undang-undang dan Hukum Syarak dalam bentuk pengurusan harta seseorang yang mana bukan sekadar untuk mengurangkan kebimbangannya bahkan untuk melaksanakan hasrat terakhir seseorang mengikut hukum syarak selepas kematiannya. KENAPA PERLU PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM? Mengelakkan masalah pada Harta Pusaka anda. Untuk memastikan harta anda di bahagikan kepada orang yang tersayang. Mengelakkan pertelingkahan di antara ahli keluarga. Untuk melengkapkan lagi perancangan kewangan anda.   Kebaikan Perancangan Harta Pusaka Islam yang sangat jelas adalah anda boleh membahagikan aset-aset kepada Benefisiari tanpa terhad jumlahnya dan ia tidak melanggar prinsip-prinsip...

Read more →

HARTA SEPENCARIAN

Posted by ZAINAL ABIDIN AHMAD on

Bila anda berkongsi joint nama dengan pasangan anda dan salah seorang meninggal dulu, waris yang meninggal ada hak untuk menuntut hak hak mereka. jadi apa perlu dibuat?  hubungi saya di 0123700352 untuk penerangan lanjut.

Read more →