Kisah Penjual Gum Arabic Ameer

Assalam..


Baiklah Tuan Ameer.. Biar saya pula share tentang pengalaman saya dengan Gum Arabic Ameer. Nama saya Zainal dan tinggal di Melaka.
Pada tahun 2017, saya telah berjumpa doktor untuk meminta nasihat tentang penyakit usus. Doktor telah menerangkan tentang bakteria yg baik yg terdapat dalam usus Dia syorkan ambil gum Arabic. Saya pun mencari gum arabic di kedai kedai Muslim tetapi gum arabic yang kebanyakan dijual dikedai tidak serasi. Sebab ada yang berketul ketul dan ada yang susah larut dalam air.
Saya pun berusaha dan tanya Mr Google. Tup tup keluar blog Cik Da. Baca punya baca, saya nak cuba dan terus wassap dia dan terus order. Lepas saya cuba, saya dapati amat sesuai dengan saya sebab ia cepat larut dalam air biasa atau sejuk. Mula mula order 4 bungkus, lepas tu 10 bungkus, Saya pun mula tanya Cik Da macam mana nak jadi ejen. Niat masa tu nak makan untuk diri sendiri je.
Lepas tu terfikir pula kalau dah ada produk kat rumah, cuba cuba lah jual kat FB. Cik Da ada beritahu “Encik cuba buat page di FB”. “ Hah, apa tu “page”?” Saya tak pernah pakai FB pun. Tapi saya cuba juga buat tral and error. Ada le 2, 3 customers yang called untuk beli.. saat saat yang memberi perangsang untuk terus berniaga.


Next step saya cuba jual kak Shopee. Saya mula jual gum Arabic di Shopee dengan postage sendiri (Prabayar)
Dalam bulan April 2018, Tuan Ameer ada tunjukkan macammana nak apply for Shopee supported Logistic. Invest kat printer dan print waybill. Lagi senang. Mula mula sales memang kurang. Saya masih ingat lagi bila Tuan Ameer share cover photo kat Shopee, sales saya ada 4 orders saja
Tapi apabila kita baca balik education hub Shopee, kita lebih faham macammana nak tingkatkan jualan. Iaitu melalui Pengiklanan. Bab ini you all kena study sikitlah ya.. dekat Education Hub Shopee…sebab ianya detail sangat…
Ada 3 cara nak iklankan 1. Shop ads 2. Targeting ads dan 3. Keywords ads. Untuk membuat iklan perlulah ada Shopee Credit sebab iklan ini berbayar ya..


Apabila jumlah jualan dah banyak, Shopee offered “Preferred Seller status” dan lain lain apabila kita melepasi kriteria yang tertentu seperti Response rate yang tinggi , fast shipment dan lain lain. Sila pastikan semua kriteria ini TIP TOP. Bila tip top, pelanggan akan lebih yakin kepada kita dan produk kita.
Alhamdulillah, sekarang jualan saya sekarang ini dah sampai 410 orders.
Jadi, sedkit demi sedikit, business berkembang. Sekarang alhamdulillah, ada 45 produk yang diiklankan di kedai saya di Shopee dan kebanyakkannya berasaskan makanan.

Tapi the “Core” produk adalah Gum Arabic sebab ia memberikan pulangan yang tinggi. He..he..he.. Oleh itu saya pastikan produk Gum Arabic duduk di atas sekali di dalam iklan saya… Terima kasih Tuan Ameer, Cik Da dan lain lain yang memberi sokongan kepada saya untuk membuat business ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: