AL MANNA = GUM ARABIC / GAM ARAB

Gum Arabic Al Manna Ameer

Apakah itu al-Manna?

di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu Abbas Radiallahuanhuma, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah “as-Samghu”. As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok.  

Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan  mungkin  menepati  pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. 

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda “Kam’ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun” (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. 

Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain. 


MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA

Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic adalah:-

  1. The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan Gum Arabic adalah satu sumber serat yang paling selamat.
  2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.
  3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
  4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
  5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.
  6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
  7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
  8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.
  9. Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
  10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah.
  11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.
  12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.
  13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.
  14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai  perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. 
  15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah. 
  16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon. 
  17. Laman web http://inrfood.com/ingredients/6252 mendakwa ia selamat bagi wanita mengandung (19) (jika dalam jumlah yang sedikit, mungkin maksimanya 1 sudu teh sehari), tetapi langkah meminta nasihat doktor lebih selamat.

UNTUK PEMBELIAN BOLEH LAYARI ATAU HUBUNGI :

http://www.wasap.my/60123700352

http://www.tghalmart.com

http://www.shopee.my/zainaad

https://www.lazada.com.my/shop/tahaglobal/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: