Followers

Rabu, 20 April 2016

Insuran kemalangan memang nampak lumayan manfaatnya tapi persoalannya, perlu ke ambil?
Ramai orang membazir RM30 – 40 sebulan mengambil insuran kemalangan. Daripada anda membazir wang anda sebegini, lebih baik masukkan dalam unit trust yang memberikan pulangan anda 8 – 20% setahun.
Insuran kemalangan yang dimaksudkan memberikan manfaat ini apabila pemegang polisimengalami kemalangan. Skop kemalangan itupun kurang jelas, mungkin berbeza pada setiap syarikat. Kena baca dan faham polisi anda betul-betul dahulu. Antara manfaatnya:
1) Lump sum payment beratus-ratus ribu sekiranya meninggal dunia atau TPD.
2) Elaun hospital
3) Bayaran ambulans
4) Claim perubatan
5) Pendapatan kalau TPD

KENAPA INSURANS KEMALANGAN MEMBAZIR?

Sebab utama saya cakapkan membazir adalah kerana semua manfaat ini hanya boleh dituntut sekiranya berlaku kemalangan.
Kalau anda jenis yang kerja di pejabat, memandu kereta dalam bandar tiap-tiap hari traffic jam, memang mengarut sebenarnya untuk ambil plan ini sebab risiko anda untuk mengalami kemalangan yang boleh menyebabkan kematian / kecacatan kekal adalah sangat rendah.
Kebanyakan insuran kemalangan adalah polisi tradisional yang bukan investment linked plan (ILP). Jadi apa yang kita bayar 100% tiada manfaat pada kita kalau tidak dapat claim daripada polisi ini.
Memandangkan kereta zaman sekarang semuanya menekankan ciri keselamatan yang hebat-hebat (ANCAP, 7 airbag, VSA dan macam-macam lagi) adalah sangat rendah risiko anda untuk menghadapi kemalangan maut atau kecacatan kekal akibat kemalangan.
Walaupun insuran kemalangan murah, namun duit yang dibelanjakan untuk insuran kemalangan ni lebih baik disalurkan ke tempat lain seperti simpanan bulanan atau naikkan kadar perlindungan kematian dan penyakit kritikal.

INSURAN KEMALANGAN UNTUK SIAPA?

Walaupun begitu, insuran kemalangan ini masih releven kepada beberapa golongan tertentu sahaja. Antaranya:
1) Individu yang bekerja di kawasan yang berisiko tinggi sebagai contoh pelantar minyak, tapak pembinaan dan mana-mana pekerjaan yang dah memang sedia maklum bahaya berdasarkan sejarah kes-kes yang pernah berlaku.
2) Individu yang mempunyai hobi berbahaya seperti lumba kereta atau konvoi motosikal berkuasa tinggi.
3) Mereka yang tidak mampu untuk memiliki plan Takaful dan medical card.
Bukan semua orang memerlukan insuran kemalangan. Jangan terpedaya dengan tawaran manfaat insuran kemalangan yang lumayan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


My favourite music/Song

  • Balik kampung
  • Maharani
  • Barakatak
  • Doel Sumbang

Snap Shots

Get Free Shots from Snap.com

Pengikut